gravatar

English Communacation 1 dan Daftar Awal.

English Communication merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar yang mendapat dalam Band satu hingga Band empat di UUM. English Communication terbahagi kepada dua iaitu English Communacation 1 dan 2. English Communication 1 dikhaskan untuk pelajar yang dapat Band 1 dan Band 2. Manakala English Communication 2 adalah
untuk pelajar yang mendapat Band 3 dan Band 4.

Dan semalam English Communication pun telah berakhir. Banyak juga ilmu yang dapat dipelajari dan dikutip.Pensyarah yang mengajar tidaklah membosankan dan banyak juga ilmu beliau kongsikan dengan kami. Beliau boleh dikatakan seorang yang mudah mesra, jujur dan baik.

Selepas sahaja habis English Communacation langsung balik bilik. Tetapi pada petangnya terkejut dengan berita bahawa pelajar perlu keluar dari bilik atau membayar RM 4 sehari. Namun begitu, saya bertindak keluar dan mendaftar awal di Dewan Penginapan Pelajar Mas.

Tindakan itu dibuat setelah berfikir untuk tidak balik ke kampung dan pendaftaran pelajar yang tinggal beberapa hari sahaja. Bayaran RM 4 sehari dibayar bagi penginapan selama empat hari yang bersamaan RM 16.

Rasa keletihan juga akibat mengangkat barang masing-masing dan terpaksa bejalan kaki. Tetapi, pengalaman itu adalah pengajaran dan cabaran dalam menuntut. Dalam hal, kita perlu berfikiran positif dengan apa yang berlaku.

gravatar

salam Maal HIjrah dan kemenangan

Selamat menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431H pada hari ini.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, memberikan kita semangat baru dalam meneruskan tugasan kita seharian.

Semoga tahun ini yang bakal berlalu, kita insafi dan muhasabahkan diri dengan segala kekhilafan dan kekurangan agar amalan dan iman kita terus bertambah pada tahun yang akan datang.Segala cabaran dan halangan yang kita tempuhi memberikan perubahan terhadap diri sendiri.Anggaplah semua itu sebagai lumrah kehidupan.Apa yang penting adalah mencari jalan penyelesaian dan buat yang terbaik.

Semoga tahun baru yang bakal menjelma, kita warnainya dengan penuh kesabaran, kesyukuran dan istiqamah agar kita terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

Semoga usaha yang gigih, hati yang cekal dan tidak jemu berdoa membantu kita semua memperolehi keberkatan...Insya-ALLAH.Amin

Dan ingatlah, Setiap kesusahan pasti ada kesenangan.

Teruskan Perjuangan Anda yang belum selesai.

gravatar

Peraduan iklan dan menang

Kepada semua bloggger, PTS ingin memberikan hadiah kepada anda  buku PTS bernilai RM 100.00 seandainya anda berjaya membawa  trafik tertinggi ke laman


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!




Bagaimana menyertainya?


1. Pilih salah satu banner iklan di bawah.
2. Salin kod HTMLnya dan letakkan di blog/laman web anda.
3. Setelah selesai memasangnya, isikan borang maklumat. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap.
4. Kami akan memeriksa blog/laman web anda.
5. Kami akan memaklumkan kepada anda selepas laman anda disemak.
6. Hanya blog/laman web yang aktif sahaja akan diterima.
7. Penyertaan akan ditutup pada 1 Disember 2009.
8. Banner iklan perlu dikekalkan di laman sehingga 3 Januari 2010.

Hadiah

1. Semua penyertaan yang diterima oleh kami layak menerima sebuah buku PTS secara percuma bernilai RM25 (tidak termasuk penghantaran).
2. 3 blog yang memberikan hits tertinggi ke laman peraduan akan menerima hadiah buku PTS bernilai RM 100, RM 70 dan RM 50.
3. Hadiah buku akan dihantar bermula 4 Januari 2010.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

gravatar

Peperiksaan akhir semester dan balik kampung

Peperiksaan akhir semester masih lagi dijalankan dan para pelajar masih lagi sibuk mengulang kaji pelajaran masing-masing bagi menghadapi peperiksaan ini.Kepada studen yang masih lagi ada peperiksaan, saya ucapkan selamat berjuang dan buat yang terbaik.

Perkara yang sering berlaku adalah segelintir pelajar membuang nota dan buku rujukan setelah habis kertas tersebut.Inilah yang dikatakan perkara yang agak malang kerana belajar pada tahap tertinggi tapi kurang berfikir dan menggunakan akal dengan sempurna.Mereka hanya beranggapan bahawa buku tersebut hanya berguna untuk peperiksaan semata-mata. Ini menunjukkan pelajar tidak menghormati ilmu yang telah dipelajari dan tidak beradab.

Balik Kampung adalah suatu perkara yang amat disukai oleh pelajar universiti yang jauh dengan keluarga terutama studen Sabah dan Sarawak. Bagi sesetengah pelajar cuti semester adalah masa terbaik untuk menambah pendapatan di samping pengalaman bagi menghadapi cabaran alam pekerjaan apabila tamat pengajian kelak. Di samping melepaskan kerinduan kepada sanak saudara.

Kepada pelajar yang telah selesai dan habis peperiksaan awal, mereka bolehlah balik awal ke kampung halaman. Tetapi, pelajar yang lambat habis usah bersedih dan teruskan penjuangan anda. FOKUS adalah amat penting bagi mencapai keputusan yang terbaik.

Akhir kata daripada daripada admin bicara-siswa, Selamat bercuti dan selamat sampai  ke kampung serta Selamat berjaya dalam peperiksaaan akhir ini.

gravatar

Kerajaan sedia kaji kembalikan caruman KWSP pekerja kepada 11 peratus

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji cadangan supaya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kembali kepada 11 peratus berkuat kuasa serta merta sekiranya ia keputusan majoriti pekerja di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kalau perkara itu dikemukakan, kerajaan akan teliti. Apa yang penting untuk kebaikan kepada pekerja kerana potongan bukan dibuat daripada sumber lain tetapi daripada pendapatan dan gaji mereka, itu kita kena ambil kira... kerajaan akan timbang ikut kehendak majoriti," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata setakat ini beliau tidak pasti sama ada cadangan itu telah dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan atau tidak.

Semalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan supaya membenarkan 2.2 juta pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman KWSP untuk kembali kepada 11 peratus berkuat kuasa serta merta.

Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam berkata kongres itu prihatin dengan 2.2 juta pekerja kerana mereka kini kerugian dalam bentuk dividen dan bayaran akhir apabila mereka mencapai umur persaraan.

Berikutan krisis ekonomi November tahun lalu, kerajaan membenarkan pekerja untuk memilih sama ada kekal dengan caruman 11 peratus atau mengurangkannya sebanyak tiga peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun ini.

Menurut KWSP, sejumlah 2.2 juta atau 40 peratus daripada pekerja memilih untuk mengurangkannya kepada lapan peratus. - Bernama

gravatar

PRK sudah bermula

Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah pun bermula, selepas penamaan calon pada 8/10/2009. PRK kali ini turut disertai oleh PRO Mahasiswa selain calon PRO Aspirasi.

Pada ketika catatan ini ditulis, perang poster pun bermula. Disekitar kawasan DPP MAS sahaja dah dah beberapa bilangan poster telah ditampal dan digantung.

Inilah kali pertama saya menjadi pengundi PRK. Kepada yang bertanding semoga berjaya dan selepas menang tunaikanlah janji anda, jangan cakap tak serupa bikin.

Kepada pengundi pilihlah calon yang terbaik dan boleh memikul amanah dan tanggungjawab serta mampu berbakti kepada mahasiswa dan universiti.

Apakah PRO Mahasiswa akan menang. Kita sama-sama saksikan dan nantikan keputusannya

gravatar

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai

oleh Zamri Nanyan

Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

gravatar

ANTARA BLOG & LAMAN WEB

oleh Irfan Khairi

Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman
web
, ataupun memiliki blog?

Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk
meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita.
Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan
sedikit sebanyak menciptakan"no barrier to entry" dengan
berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan
kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.

Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web
adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat
jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk.
Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi
sesama usahawan dan pelawat.

Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini,
ia memudahkan lagi segala jualan.

Contoh...

Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang
mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan
perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga
terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk
melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula
berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).

Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?

Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai
fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.

gravatar

Cuti dan Salam Aidilfitri

Hari merupakan hari terakhir saya berada di kampus UUM Sintok kerana esok warga kampus UUM sintok sudah mula bercuti dan saya akan balik kampung ke Klang, Selangor pada malam ini.

Sebelum itu, saya mengucapkan Salam Aidilfitri dan Semoga Allah menerima amalan kamu dan amalan kami kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswa serta pensyarah UUM Sintok.

Yang balik kampung, dinasihatkan berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan berehatlah sebentar sekiranya anda mengantuk. Sesudah itu, barulah teruskan perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Yang tidak balik pula khususnya mahasiswa Sabah dan Sarawak jangan bersedih, anda boleh beraya di kampus atau beraya di rumah sahabat handai.

Lagi satu, jangan lupa tunaikan kewajipan iaitu membayar Zakat Fitrah pada tahun ini. Bayarlah zakat di kaunter yang berhampiran.

Dengan tulus ikhlas saya, memohon ampun maaf zahir dan batin. Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Lebaran. - suara siswa

gravatar

PAMERAN & PERSIDANGAN USAHAWAN BUMIPUTERA KEBANGSAAN 2009








.
Tujuan Program ini diadakan adalah untuk:
.
* Berkongsi ilmu keusahawanan dengan usahawan-usahawan dan bakal usahawan Bumiputera
.
* Mendedahkan prospek, peluang dan teknik2 pemasaran yang berkesan
.
* Memberi motivasi bagi melahirkan usahawan professional Bumiputera yang berjaya.
.
* Membuka minda kaum belia yang berminat untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya
.
* Meningkatkan jaringan kerja, rangkaian perniagaan serta profesionalisme usahawan2 Bumiputera
.
.
Aktiviti utama Program adalah:
.

1. Pameran/Exhibition
.
Menjadi tapak (Standard Booth, 3x3 meter persegi) untuk para usahawan & syarikat mempamerkan produk jualan & perkhidmatan mereka. Selain itu, para usahawan & syarikat dibenarkan menjual barangan dan produk pada hari berkenaan di samping mencari agent, dealer, franchising, kursus,menjual konsep perniagaan ataupun networking
.
2. Persidangan/Conference
.
Sesi berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli perniagaan yang berjaya dan wakil-wakil Kerajaan di dalam pembangunan usahawan
.
3. Pemadanan Perniagaan/Business Matching
.
Peluang untuk para usahawan menambah jaringan kerja & potensi perniagaan serta mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada agensi-agensi berkaitan.
.
.
Rgds,
.
SHARIFAH NABIHAH BINTI WAN HASAN
Events Consultant
My Events Sdn Bhd
Lot 3.03 Level 3
Bangunan KWSP
Changkat Raja Chulan
50200, KL
Phone: 603-2035 5634
Faks: 603-2035 5797 / 5799
Hp: 012-6066741

gravatar

Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 September


Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 September ejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Sabtu mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 Sept bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen.

Kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil Johor; Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Pantai Aceh Pulau Pinang; Teluk Kemang Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra di Selangor; Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; dan pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap Kusza, Setiu; di Kelantan di Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan PKINK Kota Baharu; dan di Pahang ialah di Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang Miri, Teluk Bandung Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak serta Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. - BERNAMA

gravatar

lawak selesma babiiii....


gravatar

Tayangan filem kemerdekaan

Beberapa hari yang lalu iaitu hari Rabu merupakan hari yang penting kerana dapat menonton tayang filem kemerdekaan Malaysia. Tayang tersebut diadakan di bilik kuliah pada waktu kelas kenegaraan Malaysia.

Seronok juga rasanya, apabila dapat mengetahui bagaimana proses sebelum menyambut Hari kemerdekaan yang pertama bagi kemerdekaan negara kita yang tercinta ini. Wayang tersebut turut memaparkan adegan pertabalan yang dipertuan agong yang menjadi amalan sehingga kini dalam setiap pertabalan yang dipertuan agong.

Saya juga tertarik dengan cara orang ramai ketika itu dalam merayakan kemerdekaan negara, tidak kira muda mahupun tua. Mereka merayakan kemerdekaan dengan perasaan yang bersyukur.

Selain itu, saya juga dapat menonton wawancara dengan Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj. Dalam temuramah tersebut, beliau memohon kemerdekaan dari British dalam tempoh empat tahun. Akan tetapi, beliau berubah hati apabila tempat bakal kediaman yang diberikan mengalami banyak kebocoran kerana waktu malam telah turun hujan. Ketika itu, beliau telah bersumpah akan memerdekaan Malaysia dalam tempoh dua tahun. Menarik bukan.

Jika anda diberi peluang untuk menonton filem ini, jangan lepaskan peluang tersebut.

gravatar

McDonald's Hilang Hak Eksklusif Guna Awalan 'Mc

PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama)-- Rangkaian restoran makanan segera McDonald's hilang hak eksklusifnya selepas gagal menghalang sebuah restoran makanan India tempatan, McCurry Restaurant (KL) Sdn Bhd menggunakan awalan 'Mc' untuk papan tanda perniagaannya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Mahkamah Persekutuan pada Selasa turut memerintahkan McDonald's membayar kos RM10,000 kepada McCurry yang mempunyai outlet di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Kami berpendapat persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh McDonald's tidak jelas dan mahkamah harus menolak permohonan semakan bagi rayuan tersebut," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk James Foong.

Mahkamah menangguhkan kes itu semalam selepas mendapati soalan yang dibangkitkan peguam McDonald's tidak jelas dan meminta mereka menyusun semula soalan berdasarkan kepada pendapat Mahkamah Rayuan.

McDonald's memfailkan permohonan semakan bagi rayuan itu apabila pada 29 April lepas Mahkamah Rayuan memutuskan adalah satu kesilapan untuk membuat andaian McDonald's memonopoli penggunaan awalan 'Mc'.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan McDonald's mempunyai hak eksklusif kepada awalan 'Mc' menyebabkan McCurry membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Pada prosiding kes itu, McCurry menegaskan bahawa McDonald's tidak boleh menuntut monopoli atau hak eksklusif bagi menggunakan huruf awalan 'Mc', kerana awalan itu digunakan dengan meluas di seluruh dunia sebagai nama keluarga terutamanya oleh orang yang berasal dari Scotland.

-- BERNAMA

gravatar

Merdeka dan Malaysia

Sudah hampir dua minggu blog ini tidak dikemaskini kerana sibuk dengan exam dan assignment.
Negara kita iaitu Malaysia sudah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun. Tarikh sambutan kemerdekaan yang disambut setiap tahun adalah 31 ogos 1957. Namun begitu, kebanyakan kitalaysia. Ini bermakna Malaysia mempunyai dua tarikh penting iaitu 31 Ogos dan 16 september yang menggambarkan bahawa begitu uniknya Malaysia.

Pada tahun ini juga sambutan kemerdekaan disambut dalam bulan Ramadan dan dalam menangani Influnza H1N1. Jadi sambutan tidaklah meriah sangat. Dengan kemerdekaan yang kita kecapi, yang menjadi persoalan adalah apakah kita sudah bebas daripada segala bentuk penjajahan ? Harap- harap kita berfikir sejenak.

Oh ya, walaupun hari kemerdekaan sudah belum terlambat kiranya saya mengucapkan selamat menyambut Hari kemerdekaaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tiba.

gravatar

kisah H1N1

Bilangan kes H1N1 yang dipaparkan di dada akhbar tenpatan menunjukkan jumlah peningkatan kes kematian dan bilangan yang dikuarintin.Orang ramai juga menunjukkan keprihatinan mereka dengan memakai topeng muka dan hidung. Disebaliknya peningkatan kes penyakit ini ada beberapa kisah yang menarik.

" penjualan topeng muka dan hidung di bazar -bazar Ramadan.Mereka melihat H1N1 memberi peluang untuk menjana pendapatan.Keadaan ini boleh dikira sesuatu yang bagus kerana dapat menghasilkan idea yang bernas disebalik terdapatnya ancaman".

" Terdapat juga manusia yang mengambil kesempatan terhadap masalah ini iaitu dengan melakukan aktiviti rompakan dan mencuri.Mereka memakai topeng dengan tujuan mencuri dan merompak agar tidak mudah disuspek dan dikenali".

gravatar

Salam Ramadan dan Selamat berpuasa

Hari ini merupakan hari pertama puasa bagi umat Islam di Malaysia.Tahun ini juga, adalah kali pertama kita berpuasa di kampus dan berjauhan dengan keluarga.Rasanya, pengalaman sebegini adalah suatu yang menarik bagi kita yang baru bergelar siswa/si.

Oh ya, rasa belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat berpuasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia.Diharapkan Ramadan kali menjadi madrasah yang terbaik untuk kita memperbaiki iman dan amal.Anggaplah Ramadan kali, Ramadan yang terakhir untuk berpuasa.Sayu juga mendengar insan-insan yang tidak merasai Ramadan kali sedangkan mereka sihat mengerjakan puasa pada tahun lalu.

Untuk akhirnya, beruntunglah kita bertemu dengan Ramadan kali.Oleh itu, jangan disia-siakan untuk menambah amal kebajikan untuk bekalan akhirat kelak.

gravatar

coretan Diskusi fiqh wanita

Dengar tajuk pun sudah rasa pelik.Biar betul lelaki datang dengar diskusi fiqh wanita.Anda jangan salah anggap, sebenarnya lelaki kena dengar juga pasal benda ini. Memandang masa itu tengah cuti semester dan tak ada apa program.Jadi, kita pergilah diskusi fiqh wanita. Apa yang berlaku bukan ceramah pasal fiqh wanita tetapi fiqh Ramadan.

Tapi... tak apalah kita orang jelah.Mungkin beberapa input yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Pertama, waktu yang digalakkan untuk berdoa adalah ketika nak bersahur dan sebelum buka puasa.Anda digalakkan agar tidak bercakap bukan bukan kerana mungkin akan dimakbulkan.


Kedua, yang adalah nasihat kepada wanita yang bergelar isteri.Anda janganlah abaikan tanggungjawab anda sebagai isteri.Kadang-kadang buat kerja sampingan seperti ambil upah menjahit baju atau buat kuih -muih untuk dijual tapi lupa menyediakan hidangan berbuka kepada anak-anak dan suami.

Ketiga ini nasihat kepada suami yang selalu berbuka di masjid tetapi jarang sekali berbuka dekat rumah.Bantuan anda diperlukan di rumah untuk mengawal tingkah laku anak-anak ketika berbuka.

Keempat, pasal benda ini anda pasti selalu amalkan iaitu membeli hidangan berbuka puasa di bazar Ramadan seperti kuih -muih dan lauk pauk untuk berbuka.Anda nak tahu pasal makanan yang disediakan oleh yang mentaati perintah Allah atau tidak. Itu sebabnya, anak-ank menjadi degil dan tak dengar cakap.Jadi sebagai isteri,anda digakkaan masaklah sendiri kerana dijamin sumbernya dan air tangan isteri mampu mengikatkan hubungan kasih sayang kekeluargaan.

Walaupun kehadiran lelaki sedikit tapi dapat juga beberpa input yang menarik agar menjadikan Ramadan kali ini bermakna.

gravatar

Cuti Pertengahan Semester

Cuti pertengahan semester pun sudah tiba bagi seluruh pelajar UUM.Kepada semua UUM, saya mengucapkan selamat bercuti dan diharapkan agar anda menjaga kesihatan diri sendiri. Diharapkan anda tidak lupa mengulang kaji pelajaran walaupun sedang bercuti.Peperiksaan pertengahan semester bakal tiba.

gravatar

couplisme kian melanda.

Budaya bercinta atau couple kian melanda para pelajar universiti.Pelajar semester satu turut hanyut dengan budaya ini.Budaya ini telah menjadi duri dalam daging di universiti.

Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya mengetahui matlamat utama kita ke universiti. Matlamat utama kita adalah menuntut ilmu dan menjadi intelektual. Kita sebagai seorang pelajar perlu hala tuju selepas ini.

Bukan dikatakan bercinta itu tidak boleh, akan tetapi cinta dalam pelajar di universiti telah menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran, ponteng kuliah, gagal dalam peperiksaan, dibuang dari kolej atau universiti dan lebih malang lagi pelajar perempuan mengandung anak luar nikah.

Seandainya cinta itu dapat membawa perubahan yang positif itu tak mengapa. Tetapi, kebanyakan mereka terlibat dengan budaya cuople menunjukkan tauladan yang negatif.

Saya juga seperti anda , seorang pelajar seharusnya mengutamakan yang utama dan menjaga batas pergaulan dalam bercinta.

gravatar

gerakan mansuhkan ISA ; pro & kontra

Gerakan mansuhkan ISA(GMI) telah dibuat di Kuala Lumpur. Namun Begitu, perhimpunan ini tidak mendapat permit pihak berkuasa. Tetapi merka tetap meneruskan demonstrasi mansuhkan ISA. Saya membaca akhbar arus perdana dan lain yang mengambarkan pelbagai. Ada yang menyokong dan tidak menyokong.

Jadi, Apakah pandangan anda terhadap ISA? silalah komen dalam post ini.

gravatar

Pesta buku Selangor

Semasa cuti khas H1N1 yang lalu, saya telah berkesempatan untuk pergi pesta buku peringkat negeri Selangor.Agak malang saya katakan di sini kerana kurangnya publisiti dan promosi berkaitan pesta buku ini.Diharap pesta sebegini perlukan lebih promosi lagi.

Saya juga sempat menjenguk pelbagai booth yang terdapat di kompleks pkns. Saya dapat membeli buku iaitu rahsia bisnes yahudi dan mendapat penerangan tentang e sastera.net. Rupa-rupanya e sastera.net dalah laman web yang menyediakan ruang untuk mengasah bakat dalm bidang karyawan.Kepada yang mempunyai sajak, puisi, pantun dan sebagainya boleh menghantar karya tersebut daripada disimpan dekat rumah tapi berdebu. Itu sekadar nasihat sahaja.

Oh ya, saya juga dapat mencuba rawatan mata yang di booth di situ secara percuma.

gravatar

balik kampus

Hari sabtu merupakan hari terakhir cuti khas selama seminggu kerana H1n1.
Pada malamnya terpaksa balik ke kampus uum untuk meneruskan studi.

Dalam post, saya akan berkongsi beberapa adab-adab dalam musafir mengikut sunnah Rasulullah SAW yang mudah diamalkan.

Antaranya ialah:

berangkat pada waktu malam. Amalan mengadakan perjalanan pada waktu malam hari terutamanya pada permulaan malam adalah dianjurkan. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bemaksud:

"Pilihlah waktu awal malam kerana bumi didekatkan jaraknya pada waktu malam hari". HR. Abu Daud.

Bertolak pada hari Khamis.Adalah disunnahkan bagi musafir bertolak pada hari khamis.Ka'ab bin Malik mengatakan:

"Rasulullah SAW sering mengadakan perjalanan pada hari khamis.HR. Bukhari.

Diharap menjadi manfaat kepada anda semua.

gravatar

Salam. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan influenza H1N1 yang semakin merebak ke seluruh negara .H1N1 telah menyebabkan banyak sekolah dan IPTA/S terpaksa tutup.

Antara tanda-tanda dan gejala Influenza H1N1 seperti berikut:

  • Demam kuat melebihi 38 darjah celsius.
  • Sakit tekak.
  • Sakit kepala.
  • Letih dan lesu.
  • Sakit-sakit badan.
  • Batuk teruk, pada peringkat awal tidak berkahak.
Pesakit juga boleh mengalami :
  • Radang mata
  • Cirit-birit
  • Sesak nafas
SEKIRANYA ANDA MENGALAMI TANDA DAN GEJALA SEPERTI DI ATAS, SEGERALAH KE KAUNTER KHAS DI HOSPITAL YANG TELAH DITETAPKAN.

Untuk maklumat tambahan, sila layari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.moh.gov.my

gravatar

salam perkenalan

Assalamulaikum dan salam perpaduan.

Terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Illah kerana membolehkan blog terhasil ini.Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medium untuk berkongsi informasi, pandangan dan pengalaman untuk manfaat bersama.
Dengan kewujudan blog ini, diharap menjadikan sebagai wadah mahasiswa dan mahasiswi untuk menjana idea dan meluahkan buah fikiran serta mempertajamkan minda kalian.Sebarang maklum balas adalah dialu-alukan dan amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.