gravatar

ANTARA BLOG & LAMAN WEB

oleh Irfan Khairi

Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman
web
, ataupun memiliki blog?

Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk
meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita.
Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan
sedikit sebanyak menciptakan"no barrier to entry" dengan
berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan
kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.

Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web
adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat
jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk.
Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi
sesama usahawan dan pelawat.

Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini,
ia memudahkan lagi segala jualan.

Contoh...

Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang
mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan
perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga
terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk
melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula
berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).

Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?

Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai
fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.

gravatar

Cuti dan Salam Aidilfitri

Hari merupakan hari terakhir saya berada di kampus UUM Sintok kerana esok warga kampus UUM sintok sudah mula bercuti dan saya akan balik kampung ke Klang, Selangor pada malam ini.

Sebelum itu, saya mengucapkan Salam Aidilfitri dan Semoga Allah menerima amalan kamu dan amalan kami kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswa serta pensyarah UUM Sintok.

Yang balik kampung, dinasihatkan berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan berehatlah sebentar sekiranya anda mengantuk. Sesudah itu, barulah teruskan perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Yang tidak balik pula khususnya mahasiswa Sabah dan Sarawak jangan bersedih, anda boleh beraya di kampus atau beraya di rumah sahabat handai.

Lagi satu, jangan lupa tunaikan kewajipan iaitu membayar Zakat Fitrah pada tahun ini. Bayarlah zakat di kaunter yang berhampiran.

Dengan tulus ikhlas saya, memohon ampun maaf zahir dan batin. Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Lebaran. - suara siswa

gravatar

PAMERAN & PERSIDANGAN USAHAWAN BUMIPUTERA KEBANGSAAN 2009








.
Tujuan Program ini diadakan adalah untuk:
.
* Berkongsi ilmu keusahawanan dengan usahawan-usahawan dan bakal usahawan Bumiputera
.
* Mendedahkan prospek, peluang dan teknik2 pemasaran yang berkesan
.
* Memberi motivasi bagi melahirkan usahawan professional Bumiputera yang berjaya.
.
* Membuka minda kaum belia yang berminat untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya
.
* Meningkatkan jaringan kerja, rangkaian perniagaan serta profesionalisme usahawan2 Bumiputera
.
.
Aktiviti utama Program adalah:
.

1. Pameran/Exhibition
.
Menjadi tapak (Standard Booth, 3x3 meter persegi) untuk para usahawan & syarikat mempamerkan produk jualan & perkhidmatan mereka. Selain itu, para usahawan & syarikat dibenarkan menjual barangan dan produk pada hari berkenaan di samping mencari agent, dealer, franchising, kursus,menjual konsep perniagaan ataupun networking
.
2. Persidangan/Conference
.
Sesi berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli perniagaan yang berjaya dan wakil-wakil Kerajaan di dalam pembangunan usahawan
.
3. Pemadanan Perniagaan/Business Matching
.
Peluang untuk para usahawan menambah jaringan kerja & potensi perniagaan serta mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada agensi-agensi berkaitan.
.
.
Rgds,
.
SHARIFAH NABIHAH BINTI WAN HASAN
Events Consultant
My Events Sdn Bhd
Lot 3.03 Level 3
Bangunan KWSP
Changkat Raja Chulan
50200, KL
Phone: 603-2035 5634
Faks: 603-2035 5797 / 5799
Hp: 012-6066741

gravatar

Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 September


Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 September ejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Sabtu mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 Sept bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen.

Kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil Johor; Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Pantai Aceh Pulau Pinang; Teluk Kemang Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra di Selangor; Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; dan pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap Kusza, Setiu; di Kelantan di Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan PKINK Kota Baharu; dan di Pahang ialah di Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang Miri, Teluk Bandung Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak serta Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. - BERNAMA

gravatar

lawak selesma babiiii....


gravatar

Tayangan filem kemerdekaan

Beberapa hari yang lalu iaitu hari Rabu merupakan hari yang penting kerana dapat menonton tayang filem kemerdekaan Malaysia. Tayang tersebut diadakan di bilik kuliah pada waktu kelas kenegaraan Malaysia.

Seronok juga rasanya, apabila dapat mengetahui bagaimana proses sebelum menyambut Hari kemerdekaan yang pertama bagi kemerdekaan negara kita yang tercinta ini. Wayang tersebut turut memaparkan adegan pertabalan yang dipertuan agong yang menjadi amalan sehingga kini dalam setiap pertabalan yang dipertuan agong.

Saya juga tertarik dengan cara orang ramai ketika itu dalam merayakan kemerdekaan negara, tidak kira muda mahupun tua. Mereka merayakan kemerdekaan dengan perasaan yang bersyukur.

Selain itu, saya juga dapat menonton wawancara dengan Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj. Dalam temuramah tersebut, beliau memohon kemerdekaan dari British dalam tempoh empat tahun. Akan tetapi, beliau berubah hati apabila tempat bakal kediaman yang diberikan mengalami banyak kebocoran kerana waktu malam telah turun hujan. Ketika itu, beliau telah bersumpah akan memerdekaan Malaysia dalam tempoh dua tahun. Menarik bukan.

Jika anda diberi peluang untuk menonton filem ini, jangan lepaskan peluang tersebut.

gravatar

McDonald's Hilang Hak Eksklusif Guna Awalan 'Mc

PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama)-- Rangkaian restoran makanan segera McDonald's hilang hak eksklusifnya selepas gagal menghalang sebuah restoran makanan India tempatan, McCurry Restaurant (KL) Sdn Bhd menggunakan awalan 'Mc' untuk papan tanda perniagaannya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Mahkamah Persekutuan pada Selasa turut memerintahkan McDonald's membayar kos RM10,000 kepada McCurry yang mempunyai outlet di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Kami berpendapat persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh McDonald's tidak jelas dan mahkamah harus menolak permohonan semakan bagi rayuan tersebut," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk James Foong.

Mahkamah menangguhkan kes itu semalam selepas mendapati soalan yang dibangkitkan peguam McDonald's tidak jelas dan meminta mereka menyusun semula soalan berdasarkan kepada pendapat Mahkamah Rayuan.

McDonald's memfailkan permohonan semakan bagi rayuan itu apabila pada 29 April lepas Mahkamah Rayuan memutuskan adalah satu kesilapan untuk membuat andaian McDonald's memonopoli penggunaan awalan 'Mc'.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan McDonald's mempunyai hak eksklusif kepada awalan 'Mc' menyebabkan McCurry membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Pada prosiding kes itu, McCurry menegaskan bahawa McDonald's tidak boleh menuntut monopoli atau hak eksklusif bagi menggunakan huruf awalan 'Mc', kerana awalan itu digunakan dengan meluas di seluruh dunia sebagai nama keluarga terutamanya oleh orang yang berasal dari Scotland.

-- BERNAMA

gravatar

Merdeka dan Malaysia

Sudah hampir dua minggu blog ini tidak dikemaskini kerana sibuk dengan exam dan assignment.
Negara kita iaitu Malaysia sudah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun. Tarikh sambutan kemerdekaan yang disambut setiap tahun adalah 31 ogos 1957. Namun begitu, kebanyakan kitalaysia. Ini bermakna Malaysia mempunyai dua tarikh penting iaitu 31 Ogos dan 16 september yang menggambarkan bahawa begitu uniknya Malaysia.

Pada tahun ini juga sambutan kemerdekaan disambut dalam bulan Ramadan dan dalam menangani Influnza H1N1. Jadi sambutan tidaklah meriah sangat. Dengan kemerdekaan yang kita kecapi, yang menjadi persoalan adalah apakah kita sudah bebas daripada segala bentuk penjajahan ? Harap- harap kita berfikir sejenak.

Oh ya, walaupun hari kemerdekaan sudah belum terlambat kiranya saya mengucapkan selamat menyambut Hari kemerdekaaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tiba.

gravatar

kisah H1N1

Bilangan kes H1N1 yang dipaparkan di dada akhbar tenpatan menunjukkan jumlah peningkatan kes kematian dan bilangan yang dikuarintin.Orang ramai juga menunjukkan keprihatinan mereka dengan memakai topeng muka dan hidung. Disebaliknya peningkatan kes penyakit ini ada beberapa kisah yang menarik.

" penjualan topeng muka dan hidung di bazar -bazar Ramadan.Mereka melihat H1N1 memberi peluang untuk menjana pendapatan.Keadaan ini boleh dikira sesuatu yang bagus kerana dapat menghasilkan idea yang bernas disebalik terdapatnya ancaman".

" Terdapat juga manusia yang mengambil kesempatan terhadap masalah ini iaitu dengan melakukan aktiviti rompakan dan mencuri.Mereka memakai topeng dengan tujuan mencuri dan merompak agar tidak mudah disuspek dan dikenali".

gravatar

Salam Ramadan dan Selamat berpuasa

Hari ini merupakan hari pertama puasa bagi umat Islam di Malaysia.Tahun ini juga, adalah kali pertama kita berpuasa di kampus dan berjauhan dengan keluarga.Rasanya, pengalaman sebegini adalah suatu yang menarik bagi kita yang baru bergelar siswa/si.

Oh ya, rasa belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat berpuasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia.Diharapkan Ramadan kali menjadi madrasah yang terbaik untuk kita memperbaiki iman dan amal.Anggaplah Ramadan kali, Ramadan yang terakhir untuk berpuasa.Sayu juga mendengar insan-insan yang tidak merasai Ramadan kali sedangkan mereka sihat mengerjakan puasa pada tahun lalu.

Untuk akhirnya, beruntunglah kita bertemu dengan Ramadan kali.Oleh itu, jangan disia-siakan untuk menambah amal kebajikan untuk bekalan akhirat kelak.

gravatar

coretan Diskusi fiqh wanita

Dengar tajuk pun sudah rasa pelik.Biar betul lelaki datang dengar diskusi fiqh wanita.Anda jangan salah anggap, sebenarnya lelaki kena dengar juga pasal benda ini. Memandang masa itu tengah cuti semester dan tak ada apa program.Jadi, kita pergilah diskusi fiqh wanita. Apa yang berlaku bukan ceramah pasal fiqh wanita tetapi fiqh Ramadan.

Tapi... tak apalah kita orang jelah.Mungkin beberapa input yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Pertama, waktu yang digalakkan untuk berdoa adalah ketika nak bersahur dan sebelum buka puasa.Anda digalakkan agar tidak bercakap bukan bukan kerana mungkin akan dimakbulkan.


Kedua, yang adalah nasihat kepada wanita yang bergelar isteri.Anda janganlah abaikan tanggungjawab anda sebagai isteri.Kadang-kadang buat kerja sampingan seperti ambil upah menjahit baju atau buat kuih -muih untuk dijual tapi lupa menyediakan hidangan berbuka kepada anak-anak dan suami.

Ketiga ini nasihat kepada suami yang selalu berbuka di masjid tetapi jarang sekali berbuka dekat rumah.Bantuan anda diperlukan di rumah untuk mengawal tingkah laku anak-anak ketika berbuka.

Keempat, pasal benda ini anda pasti selalu amalkan iaitu membeli hidangan berbuka puasa di bazar Ramadan seperti kuih -muih dan lauk pauk untuk berbuka.Anda nak tahu pasal makanan yang disediakan oleh yang mentaati perintah Allah atau tidak. Itu sebabnya, anak-ank menjadi degil dan tak dengar cakap.Jadi sebagai isteri,anda digakkaan masaklah sendiri kerana dijamin sumbernya dan air tangan isteri mampu mengikatkan hubungan kasih sayang kekeluargaan.

Walaupun kehadiran lelaki sedikit tapi dapat juga beberpa input yang menarik agar menjadikan Ramadan kali ini bermakna.

gravatar

Cuti Pertengahan Semester

Cuti pertengahan semester pun sudah tiba bagi seluruh pelajar UUM.Kepada semua UUM, saya mengucapkan selamat bercuti dan diharapkan agar anda menjaga kesihatan diri sendiri. Diharapkan anda tidak lupa mengulang kaji pelajaran walaupun sedang bercuti.Peperiksaan pertengahan semester bakal tiba.

gravatar

couplisme kian melanda.

Budaya bercinta atau couple kian melanda para pelajar universiti.Pelajar semester satu turut hanyut dengan budaya ini.Budaya ini telah menjadi duri dalam daging di universiti.

Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya mengetahui matlamat utama kita ke universiti. Matlamat utama kita adalah menuntut ilmu dan menjadi intelektual. Kita sebagai seorang pelajar perlu hala tuju selepas ini.

Bukan dikatakan bercinta itu tidak boleh, akan tetapi cinta dalam pelajar di universiti telah menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran, ponteng kuliah, gagal dalam peperiksaan, dibuang dari kolej atau universiti dan lebih malang lagi pelajar perempuan mengandung anak luar nikah.

Seandainya cinta itu dapat membawa perubahan yang positif itu tak mengapa. Tetapi, kebanyakan mereka terlibat dengan budaya cuople menunjukkan tauladan yang negatif.

Saya juga seperti anda , seorang pelajar seharusnya mengutamakan yang utama dan menjaga batas pergaulan dalam bercinta.

gravatar

gerakan mansuhkan ISA ; pro & kontra

Gerakan mansuhkan ISA(GMI) telah dibuat di Kuala Lumpur. Namun Begitu, perhimpunan ini tidak mendapat permit pihak berkuasa. Tetapi merka tetap meneruskan demonstrasi mansuhkan ISA. Saya membaca akhbar arus perdana dan lain yang mengambarkan pelbagai. Ada yang menyokong dan tidak menyokong.

Jadi, Apakah pandangan anda terhadap ISA? silalah komen dalam post ini.

gravatar

Pesta buku Selangor

Semasa cuti khas H1N1 yang lalu, saya telah berkesempatan untuk pergi pesta buku peringkat negeri Selangor.Agak malang saya katakan di sini kerana kurangnya publisiti dan promosi berkaitan pesta buku ini.Diharap pesta sebegini perlukan lebih promosi lagi.

Saya juga sempat menjenguk pelbagai booth yang terdapat di kompleks pkns. Saya dapat membeli buku iaitu rahsia bisnes yahudi dan mendapat penerangan tentang e sastera.net. Rupa-rupanya e sastera.net dalah laman web yang menyediakan ruang untuk mengasah bakat dalm bidang karyawan.Kepada yang mempunyai sajak, puisi, pantun dan sebagainya boleh menghantar karya tersebut daripada disimpan dekat rumah tapi berdebu. Itu sekadar nasihat sahaja.

Oh ya, saya juga dapat mencuba rawatan mata yang di booth di situ secara percuma.

gravatar

balik kampus

Hari sabtu merupakan hari terakhir cuti khas selama seminggu kerana H1n1.
Pada malamnya terpaksa balik ke kampus uum untuk meneruskan studi.

Dalam post, saya akan berkongsi beberapa adab-adab dalam musafir mengikut sunnah Rasulullah SAW yang mudah diamalkan.

Antaranya ialah:

berangkat pada waktu malam. Amalan mengadakan perjalanan pada waktu malam hari terutamanya pada permulaan malam adalah dianjurkan. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bemaksud:

"Pilihlah waktu awal malam kerana bumi didekatkan jaraknya pada waktu malam hari". HR. Abu Daud.

Bertolak pada hari Khamis.Adalah disunnahkan bagi musafir bertolak pada hari khamis.Ka'ab bin Malik mengatakan:

"Rasulullah SAW sering mengadakan perjalanan pada hari khamis.HR. Bukhari.

Diharap menjadi manfaat kepada anda semua.

gravatar

Salam. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan influenza H1N1 yang semakin merebak ke seluruh negara .H1N1 telah menyebabkan banyak sekolah dan IPTA/S terpaksa tutup.

Antara tanda-tanda dan gejala Influenza H1N1 seperti berikut:

  • Demam kuat melebihi 38 darjah celsius.
  • Sakit tekak.
  • Sakit kepala.
  • Letih dan lesu.
  • Sakit-sakit badan.
  • Batuk teruk, pada peringkat awal tidak berkahak.
Pesakit juga boleh mengalami :
  • Radang mata
  • Cirit-birit
  • Sesak nafas
SEKIRANYA ANDA MENGALAMI TANDA DAN GEJALA SEPERTI DI ATAS, SEGERALAH KE KAUNTER KHAS DI HOSPITAL YANG TELAH DITETAPKAN.

Untuk maklumat tambahan, sila layari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.moh.gov.my

gravatar

salam perkenalan

Assalamulaikum dan salam perpaduan.

Terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Illah kerana membolehkan blog terhasil ini.Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medium untuk berkongsi informasi, pandangan dan pengalaman untuk manfaat bersama.
Dengan kewujudan blog ini, diharap menjadikan sebagai wadah mahasiswa dan mahasiswi untuk menjana idea dan meluahkan buah fikiran serta mempertajamkan minda kalian.Sebarang maklum balas adalah dialu-alukan dan amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.