gravatar

Cuti dan Salam Aidilfitri

Hari merupakan hari terakhir saya berada di kampus UUM Sintok kerana esok warga kampus UUM sintok sudah mula bercuti dan saya akan balik kampung ke Klang, Selangor pada malam ini.

Sebelum itu, saya mengucapkan Salam Aidilfitri dan Semoga Allah menerima amalan kamu dan amalan kami kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswa serta pensyarah UUM Sintok.

Yang balik kampung, dinasihatkan berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan berehatlah sebentar sekiranya anda mengantuk. Sesudah itu, barulah teruskan perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Yang tidak balik pula khususnya mahasiswa Sabah dan Sarawak jangan bersedih, anda boleh beraya di kampus atau beraya di rumah sahabat handai.

Lagi satu, jangan lupa tunaikan kewajipan iaitu membayar Zakat Fitrah pada tahun ini. Bayarlah zakat di kaunter yang berhampiran.

Dengan tulus ikhlas saya, memohon ampun maaf zahir dan batin. Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Lebaran. - suara siswa