gravatar

Tayangan filem kemerdekaan

Beberapa hari yang lalu iaitu hari Rabu merupakan hari yang penting kerana dapat menonton tayang filem kemerdekaan Malaysia. Tayang tersebut diadakan di bilik kuliah pada waktu kelas kenegaraan Malaysia.

Seronok juga rasanya, apabila dapat mengetahui bagaimana proses sebelum menyambut Hari kemerdekaan yang pertama bagi kemerdekaan negara kita yang tercinta ini. Wayang tersebut turut memaparkan adegan pertabalan yang dipertuan agong yang menjadi amalan sehingga kini dalam setiap pertabalan yang dipertuan agong.

Saya juga tertarik dengan cara orang ramai ketika itu dalam merayakan kemerdekaan negara, tidak kira muda mahupun tua. Mereka merayakan kemerdekaan dengan perasaan yang bersyukur.

Selain itu, saya juga dapat menonton wawancara dengan Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj. Dalam temuramah tersebut, beliau memohon kemerdekaan dari British dalam tempoh empat tahun. Akan tetapi, beliau berubah hati apabila tempat bakal kediaman yang diberikan mengalami banyak kebocoran kerana waktu malam telah turun hujan. Ketika itu, beliau telah bersumpah akan memerdekaan Malaysia dalam tempoh dua tahun. Menarik bukan.

Jika anda diberi peluang untuk menonton filem ini, jangan lepaskan peluang tersebut.